TUNTUTAN KEHILANGAN KENDERAAN
Melaporkan pada pihak polis.Perkara penting yang ingin tekankan di sini adalah sesiapa yang melaporkan itu mesti mempunyai lesen memandu yang sah bagi kelas kenderaan yang terlibat. Ini kerana orang yang melaporkan itu akan di anggap sebagai pemandu. Seseorang yang memandu tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang dan ini menjadi alasan kukuh bagi pihak insurans untuk menolak tuntutan anda.
Mendapatkan salinan pendaftaran kenderaan atau geran serta salinan polisi insurans atau “insurance cover note” dari syarikat kredit anda atau kedai motosikal (jika anda tidak menyimpan salinan).
Melaporkan pada pihak insurans pula. Anda perlu dapatkan borang tuntutan atau “claim form” dari syarikat insurans.Selesai mengisi borang, serah semula kepada pegawai bertugas dan dengan itu selesai peringkat pertama dalam urusan tuntutan insurans anda.
Pada peringkat kedua, adjuster dari pihak insurans akan menghubungi anda untuk sedikit temuduga untuk dapatkan testimoni lisan selain testimoni bertulis (repot polis). Selesai sesi temuduga, pihak insurans akan menyediakan surat tawaran (jika tuntutan lulus) atau surat pemberitahuan (jika tuntutan gagal) dalam masa 4-6 bulan. Sebaik anda menerima surat tawaran, itu bermakna syarikat insurans bersetuju untuk membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi. Anda harus lengkapkan surat tawaran itu dengan dokumen-dokumen yang diminta. Antara dokumen yang diminta ialah:
i. Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran)
ii. Borang JPJ TM-AB (pengesahan kad pengenalan; dicop sumpah oleh pegawai JPJ)
iii. Borang JPJ K3 (2 keping)
iv. Borang JPJ K8 (1 keping)
v. Surat pelepasan oleh syarikat sewa beli (jika sudah habis pinjaman)
vi. Kunci kenderaan (surat pemberitahuan jika kehilangan kunci)
vii. Kad Pendaftaran Kenderaan Asal
**Borang-borang JPJ boleh didapati di mana-mana cawangan JPJ seluruh negara
Selesainya proses tuntutan insurans adalah apabila anda menerima bayaran daripada pihak insurans. Jika kenderaan anda masih di bawah perjanjian pinjaman, anda harus merujuk kepada syarikat pinjaman untuk sebarang maklumat lanjut.
TUNTUTAN KEMALANGAN PERSENDIRIAN
Diantara dokumen-dokumen yang diperlukan selain dari dokumen untuk tuntutan kehilangan adalah
- Sijil Kematian
- Permit Penguburan
- Laporan Bedah Siasat (jika tidak dibedah,harus kemukakan surat pengesahan dari doktor yang berkenaan)
- Salinan I/C dan Lesen si mati
Sebab-sebab tuntutan anda ditolak oleh pihak insurans:
- Tiada lesen memandu / lesen tamat tempoh
- Cukai jalan / insurans tamat tempoh
- Kelewatan membuat tuntutan (tempoh untuk membuat tuntutan adalah 14 hari dari tarikh kejadian)
Cara-cara untuk mendapatkan semula tuntutan yang ditolak,anda hanya perlu membuat rayuan kepada pihak insurans dengan menulis surat rasmi menyatakan sebab sahaja. Jika masih ditolak, anda masih mempunyai peluang dengan berjumpa Biro Perantara Kewangan (Financial Mediation Bureau,FMB). Badan ini akan menjadi perunding bagi pihak anda dengan pihak insurans. Apabila membuat rayuan, proses akan bermula dari awal semula iaitu dari penyiasatan oleh pihak insurans.
RUJUKAN DARI :