Pages

Thursday, April 7, 2011

MATA WANG ISLAM: DINAR DAN DIRHAM BOLEH LUMPUHKAN MATA WANG KERTAS GLOBAL..TERBUKTI!!

DINAR EMAS


DIRHAM  PERAK


salam....dinar emas dan dirham (silver)..penggunaannya boleh digunakan satu dunia...nilainya sangat kukuh tidak seperti resit yang bernombor seperti dollar dan ringgit malaysia...1 dinar= RM661..1 Dirham=RM25.. 6 bulan lepas harga dirham adalah RM13, sekarang RM25...harga dinar lak RM620, sekarang RM661... ada x pelaburan menguntungkan macam ni??? hebatnya kewangan Islam..insyaallah, kalau semua negara Islam guna dinar dan dirham, nescaya amerika ley lumpuh..      


Sebenarnya secara tak sengaja saya menjumpai 1 artikel ketika sedang sibuk browsing tentang Dinar Emas di webs. Artikel ini membincangkan tentang Dinar Emas yg ternyata lebih berkuasa berbanding penggunaan matawang kertas. Artikel ini telah dibincangkan oleh para ahli forum dalam sebuah forum internet di http://www.israelforum.com/board/showthread.php?t=8416 . Tiba-tiba saya rasa teruja dengan penuh tanggungjawab saya "copy & paste"-kan buat tatapan para muslimin musliman yang berada di luar sana untuk menilai semula kegiatan harian mereka melaui tahap simpanan Dinar Emas & Dirham Perak. Ini antara bukti bahawa pengukuhan matawang Syariah ternyata akan menenggelamkan matawang kertas. Ooleh itu, saya menyeru sekalian umat agar bersiap sedia untuk menghadapi hari yang bakal tiba tak lama lagi.. Nak tahu lebih lanjut, sila ke FB Dinar Emas, atau www.dinarmas.com

PERAK DAN KELANTAN DAH BUAT! BAGAIMANA NGAN NEGRI LEN??

IPOH: Kerajaan Negeri Perak pada Isnin melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.
Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.
"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepasmajlis perasmian Dinar Emas dan Dirham Perak di sini, Isnin.
Dr Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd (Goldnet), sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd).
Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260..

Kelantan Lancar Matawang Syariah Dinar dan Dirham


KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah
kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, 
Dinar dan Dirham Kelantan.Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru 
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.


No comments:

Post a Comment

THANKS 4 YOUR COMMENT ^_^

Label

Bola (1) bulan posa (1) cerita (2) Digi (1) DOA (1) DUNIA (1) Electrical (2) INFO (3) jawatan kosong (1) jiwang (5) KERETA (15) KOMPUTER (1) linkin park (4) make money (1) Mata wang (1) MOTOR (2) MR CLOWN3 (1) NOKIA (1) peperiksaan (1) PROJECT (1) samsung (1) Sihat (1) solat (1) SONY ERICSSON (1) SOUND (1) SUKAN (1) Sum 41 (1) TIDUR (1) ungu (1) Video (5)